Sunday, August 2, 2009

1 Hari, 1 Ogos, 1001 Semangat, Pengalaman dan Kenangan..

Hari itu semua berkejar...bermulanya safar dari rumah seremban hampir pukul 10pagi.

Pada malam 31 Julai, Jumaat:

1) persedian bekalan dan kelengkapan "Jihad" untuk esoknya

- Baju Hitam (utk Anti ISA)

- Baju Putih (utk lepasi sekatan polis, warna Pro ISA)

- Kasut

- Garam Kasar (utk neutralize tear gas)

- Air Mineral

- Kain tuala kecil (utk dibasahkan -boleh mengurangkan pedih mata bila tear gas dilepaskan)

- Peta KL; google map - perancangan perjalan


Pada pagi 1 Ogos, Sabtu

2) persediaan peringkat kedua:

- KL Traffic Updates (live online)

- Rancang perjalanan di KL

- Doa sebelum keluar rumah; mohon dipermudahkan perjalanan, ditetapkan hati, dan diberikan kekuatan

Sebaik keluar dari bandar seremban dan menuju ke tol untuk ke KL, sekatan pertama polis telah kelihatan. Polis tidak menahan seorang pun di situ, sekadar menunjuk muka dan menyusahkan manusia...

Perjalanan ke KL tidak merumitkan Alhamdulillah, tetapi selepas 5 minit melalui tol sg. besi, kereta mula jam.. and again, next useless and wasteful road block.


Terpaksa melalui Smart Tol dan membayar extra RM2 utk ke Jln Tun Razak.

Kemudian straight menuju ke Gombak utk menjemput Sumayyah dan Umar...
Alhamdulillah, segera tempatkan Sumayyah dan Umar di Hotel City Park, belakang KL International, dan meninggalkan Duit (yg berlebihan), ATM, Credit Card, dan Office ID pada Sumayyah. Ini adalah Standard Operating Procedure utk berdepan dgn sebarang kemungkinan ketika Demo. Keluar dari bilik dengan ciuman buat Sumayyah dan Umar....
25 minit mencari jalan alternatif utk ke CM atau Masjid Negara, ini semua angkara Polis yang menyekat segala jalan masuk utk ke Istana, Masjid Negara, Masjid Jamek dan Sogo...akhirnya berjaya dengan mengkori bas Trans, yang dipercayai menuju ke Pudu (dekat dgn CM). Kereta Vios biru diparkirkan di kawasan Pos Malaysia, tetapi kerana tiada parking spot yang cukup, trpaksa diletakkan di kawasan No Parking. Tawakkal!

Segera menukar baju hitam di dalam kereta, dan memakai kasut utk mudah berlari.

Sebaik keluar dari Pos Malaysia, (ketika itu pukul 215pm), beribu-ribu manusia sudah mula kelihatan berarak menuju ke jalan TAR. Segera panjat pagar Pos Malaysia, melintasi jalan besar dan bersama dengan barisan pejuang. Semua lengkap dgn pakaian dan beg galas. Ada yang sudah mengenakan masks, serban, kopiah, topi dan bermacam2 lagi attire. Sambil bergerak, kami bertakbir, bersorak, dan berborak sesama sendiri. A stranger next to you, is none but a concrete brick that holds strong the entire wall. Setiap seorang adalah kekuatan utk yang lain.



Hot weather, but chilly environment. Manusia semua tenang, jelas kelihatan tidak seorang pun mempunyai niat untuk merusuh dan merosakkan perjalanan demonstrasi yang aman itu. Sambil berjalan, panggilan sempat dibuat kepada Mama dan Sumayyah. Ada juga MMS yang sempat dihantarkan..antarnya video di bawah..



Sorakan Takbir, La Ilaha illa Allah, dan Mansuhkan ISA terus bergema, manusia bergerak mengikut ketua kawasan; Dr. Hatta Ramli bagi Masjid Negara. Beliau dijaga oleh 5-10 orang unit amal dari PAS, semua kerana telah ada cubaan kasar utk menangkap beliau selepas selesainya Zohor tadi.


Setelas sejauh lebih kurang 500meter berarak, perarakan dihentikan dengan sekatan lori dan polis2 FRU. Dr Hatta membawa kami menggunakan jalan alternatif, tidak melalui fly over. Tetapi di situ juga sekatan dikenakan, cuma kali ini tidak begitu menggentarkan, kerana hanya polis2 biasa yang semuanya kelihatan innocent belaka. Perarakan diteruskan, melepasi sekatan ringan polis2 ini.

Perarakan diteruskan hingga keroundabout kawasan DBKL.

BAMM! BAMM!!

Tiba-tiba kedengaran bunyi tembakan dan dentuman. Jeritan dan laungan terus kedengaran. "Tear Gas!!" "Pemedih Mata!!" "FRU Serang!!"....




Semua mula berlari utk mendapatkan perlindungan. Asap tear gas tersebar dgn begitu cepat. Sebaik sebutir peluru yang sebesar botol mineral mendarat di tanah, asap berkepul terus menutupi penglihatan. kulit muka, mata dan tekak terus diserang kesakitan dan kepedihan yang teramat.




Manusia mula mengerang kesakitan,tetapi disambut dgn laungan takbir yang berterusan!!.. dalam keperitan itu, unconcious mind kita akan segera mencapai garam dan menghisapnya bagi mengembalikan kelancaran pernafasan dan mengurangkan kepedihan tekak. Mata segera yang pedih dan merah berair disapu dengan tuala yang basah. Ada yang segera melumur seluruh muka dengan garam kerana tidak tahankan keperitan pada kulit muka.

Apa yang mengagumkan ketika itu ialah, ramai muda mudi yang sungguh berani berdepan dengan FRU. Seorang mujahidah yang memakai purdah menjerit dengan penuh semangat "baling semula peluru itu kearah FRU!"...berkali2 dia melaungkan sedemikian, sehinggalah dia sendiri pergi utk mengambil peluru tersebut dan dicampakkan kearah FRU. Ada juga remaja lelaki yang berani dan mencampakkan peluru itu kedalam semak, bagi mengurangkan keperitan pada yang lain. One word for these people, "HEROES".


Kumpulan mula berpecah. Ada yang berlindung di bawah fly over, ada yang berpatah ke belakang, dan ada yang berlari terus utk mendahului FRU. Semua menjadi kelam kabut. Traffic tetap berjalan, tetapi kelihatan pemandu dan penumpang menutup hidung sambil memandu kerana tear gas mungkin telah masuk ke dalam kereta.

Ketika dibawah fly over, kami sempat berkongsi minuman, ada yang berkongsi garam, ada yang membantu mangsa yang 'kritikal'... tapi pada hakikatnya, selepas 10 minit kesakitan dari tear gas itu reda, semua kembali bersemangat dan bersedia utk teruskan perarakan.

Setelah bergerak melintasi seberang jalan, dan melalui round about berhampiran DBKL sekali lagi, FRU terus mengubah strategy dan bergerak kearah kami. Kelihatan seolah2 mereka bergerak utk mengepung dan menyerang. Kami tiada jalan lain, terus mendapatkan perlindungan di kawasan gerai2/foodcourt yang berada di kawasan tepi jalan. Ada gerai yang masih terbuka dan mendapat rezeki lebih dgn menjual air minuman. Tetapi kemudiannya segera ditutup kerana khuatir FRU akan menyerang kawasan gerai tersebut, dan terus mencemari makanan dan minuman di situ. Video di bawah menunjukkan betapa banyaknya lori merah FRU yang bergerak, menghala ke kawasan yang mengumpulkan lebih ramai orang, untuk mengambush mereka.

Kami yang berada dalam kumpulan besar yang masih tidak pecah, terpaksa berundur dan berkumpul di jalan yang telah kami lalui. Di situ, kami diprovoke oleh penghuni kondo berhampiran. Ada yang melaung2 mengatakan kami bacul, lari dari FRU. Provokasi ini tidak lain membuatkan segelintir kami berang, dan menjerit semula kepada mereka. Tetapi ini bukan etika pembantah ISA. Yang lebih tua menegur dan menasihati yang muda, agar tidak melayani provokasi tersebut, dan terus bersabar dan focus pada misi utama Demo.


Dalam pada kami diprovoke oleh manusia jahil dari arah atas, tiba2 ada laungan..."FRU Tembak!"...rupa-rupanya, FRU telah menyerang dari arah belakang kumpulan kami. Peluru2 tear gas berterbangan dan mendarat di tengah2 himpunan, menyebabkan kesemua sekali berlari dan bertempiaran menyelamatkan diri.

Menariknya ketika itu, ada juga penjual aiskrim bermotor yang mengambil peluang menjual aiskrim sedang kami berkumpul. Memang tidak nafi, aiskrim yang dijualnya laris! Dan setelah FRU menyerang, ada yang sempat berjenaka..."Pakcik...! Aiskrim Pakcik! cepat selamatkan aiskrim! Cepat tutup!"...dalam keadaan kelam kabut, pakcik aiskrim menutup bekas aiskrimnya, dan segera beredar dengan motornya.


Serangan kali ini benar2 intensive. Camera handphone tidak sempat dihidupkan, suasana kecoh membuatkan kumpulan berpecah. Kami bergerak ke arah mana sahaja yang tidak disekat FRU. Pagar dan tembok dipanjat, jalan demi jalan dilintas. Akhirnya tanpa disedari, kami sudah berpusing dan bergerak hingga menghampiri Kompleks SOGO, yang juga tempat ke-3 utk Anti ISA berhimpun. Ketika itu ada juga bertemu dengan saudara lama ketika di US dulu. Dia turut serta, dan telah berkumpul dari kawasan masjid Jamek. Di masjid Jamek, katanya FRU menyerang jemaah yang ketika itu sedang Solat Hajat. Memang FRU kurang hasam, mereka sudah ibarat askar Israel, kata Hakim, bekas presiden MISG 04.

Di kawasan SOGO, jelas kelihatan manusia begitu ramai. Tidak kurang juga orang biasa yang membeli belah di kawasan itu. Kawasan masjid india juga berdekatan, dan terdapat gerai2 minuman seperti di pasar malam. Ramai yang segera membeli utk melegakan tekak yang dahaga dan pedih akibat tear gas. Seteguk air soya sejuk sudah cukup mengujakan dan mengembalikan tenaga. Alhamdulillah....nikmat.

Tepat pukul 430ptg, akhirnya aku membuat keputusan utk bergerak mencari jalan pulang. Mama telah pun membuat panggilan, menggambarkan kebanggaannya dan kebersamaannya dengan semangat aku utk menyertai perjuangan itu. Abah yang berada di IJN perlu kami ziarahi, kerana waktu melawat mungkin akan berakhir pada petang hari.

Perjalanan pulang. Aku yang tidak tahu ke mana arah pulang dan di mana aku berada, sengaja menggunakan jalan yang mengumpulkan FRU2 dan black maria. Jelas kelihatan di video atas keadaan FRU yang masih tidak puas menghentam dan menyerang perhimpunan. Satu demi satu arahan dikeluarkan melalui radio walkie talkie. Aku yang tidak mempedulikan arahan dari seorang polis utk beredar segera, tetap berjalan dengan bersengaja sambil tangan menangkap gambar video mereka semua.

Perjalanan berakhir setelah sampai di LRT Jln Sultan Ismail. 10 minit berjalan dari SOGO. Ini semua angkara Polis mengarah tutup stesen yang berhadapan dengan SOGO. Maka dikerahkan semua utk berjalan ke setesen S.I. yang sangat memenatkan bagi wanita2 dan orang tua.

Setibanya di CM, kelihatan polis dan black maria masih 'mengawal' kawasan. Kelihatan juga 5-10 orang kumpulan Pro ISA, yang memakai baju "kami mahu ISA". Tapi mereka tidak langsung diganggu oleh polis. Mungkin kerana bilangan mereka yang terlalu kecil, dan tidak disedari oleh polis.

Alhamdulillah, kereta vios ku juga dlm keadaan selamat. Dia juga akan menjadi saksi hadirnya aku membantu perjuangan menghapuskan yang zalim ini. Tiada saman. Aku sungguh penat, tapi sangat puas. Imbuhan utk hadiri perhimpunan itu memang berharga. Pahala dari Allah...(bak kata pak Syed Ibrahim, ketua Gerakan Mansuhkan ISA)

Semoga pengalaman ini mengajar ku utk lebih bersama tanpa berbelah bagi, dalam menegakkan keadilan dan menghancurkan kezaliman. Pengalaman ini merupakan satu tarbiyyah. Sebenarnya, sebelum menghadiri perhimpunan lagi aku telah bersedia utk sebarang kemungkinan ditangkap polis. Kerana itu akan menjadi pengalaman dan latihan yang lebih besar nilainya.

Takbiirrrrrrrrrrr!!

Abang.