Monday, September 7, 2009

Pesanan..

Wahai USRATI FILLAH,

Mari bersama muhasabah Baitul Mukmin kita. Adakah ghayah dan ahdaf kita di Dunia ini masih seiring dengan apa yang Allah hendaki?
Allah ghayatuna
Ar-Rasul qudwatuna
Al-Quran dusturuna
Al-Jihadu sabeeluna
Al-mautu fi sabilillah asma' amanina

Biarlah keluarga kita basah dengan dakwah. Dakwah fi sabilillah.

Dalam risalah Al-Ikhwan Al-Muslimun "Di bawah bendera Al-Qur'an", Imam Hassan Al-Banna menjelaskan tugas dan target gerakan da'wah ini:

"Tugas besar kita adalah membendung arus materialisme, menghancurkan budaya konsumerisme dan budaya-budaya negatif yang merusak umat Islam. Materialisme dan konsumerisme menjauhkan kita dari kepemimpinan Rasulullah Shallallahu 'alaihi wasallam dan petunjuk Al-Qur'an, menghalangi dunia dari pancaran hidayah-Nya, dan menunda kemajuan Islam ratusan tahun. Seluruh faham dan budaya tersebut harus dienyahkan dari bumi kita, sehingga umat Islam selamat dari fitnahnya.

Kita tidak berhenti sampai di sini. Kita akan terus mengejarnya sampai tempat asalnya, dan menyerbu ke markasnya, hingga seluruh dunia menyambut seruan baginda Rasulullah Shallallahu 'alaihi wasallam, kemudian dunia ini terselimuti ajaran-ajaran Al-Qur'an, dan nilai-nilai Islam yang teduh menaungi seisi bumi. Pada saat itulah sasaran dan target kaum Muslimin tercapai."

ALLAHU AKBAR!!

Mari kita pastikan keluarga kita terlebih dahulu mencapai ahdaf ini.
Kuat individunya; individu Musleem yang ideal: 10 muwassofat (aqidah yang saleem, akhlak yang mulia, dsb), jauh dari sebarang materialisma, suci dari budaya-budaya negatif.
Mengembangkan Baitul Mukmin; mencontohi tarbiyatul aulad Rasulullah dan para soliheen (anak sendiri, anak saudara atau cucu), membina biah yang solihah untuk generasi seterusnya dalam konteks Baitul Mukmin sendiri, menjadi contoh teladan yang baik untuk generasi seterusnya.
Interaksi dengan masyarakat; menjadikan setiap nilai Islam yang diterapkan di Baitul Mukmin qudwah kepada sekeliling kita, menjaga imej sebagai Muslim dan Da'ie, serta menjaga imej sebagai Ahlul Baitul Mukmin (Dino's family). Moga setiap pergerakan dan percakapan kita adalah buah IMAN dan dakwah.

Ayuh sama-sama hidupkan misi dan visi Baitul Mukmin ini; ke arah keluarga yang soleh wa musleh.

Mari hidup bersederhana. Mari berakhlak dengan akhlak Rasul. Mari menjadi penolong yang rajin. Mari menjadi pemberi yang pemurah. Mari berkasih sayang fillah. Mari tegur menegur. Mari bina membina. Sungguh ikatan aqidah itu lebih kuat dan teguh dari ikatan kekeluargaan.

Ingat janji Allah ((52:21)) ;
Ertinya: Dan orang-orang yang beriman, beserta anak cucu mereka yang mengikuti mereka dalam keimanan, Kami pertemukan mereka dengan anak cucu mereka (di dalam syurga), dan Kami tidak mengurangi sedikit pun pahala amal (kebajikan) mereka. Setiap orang terikat dengan apa yang dikerjakannya.

Jadilah kita keluarga yang bahagia di SANA, bukan hanya bahagia fana' di Dunia.
((Al-Insyiqaq, 82: 6 - 13))
Ertinya:
Wahai manusia! Sesungguhnya kamu telah bekerja keras menuju Tuhanmu, maka kamu akan menemui-Nya.
Maka adapun orang yang catatannya diberikan dari sebelah kanannya,
maka dia akan diperiksa dengan pemeriksaan yang mudah,
dan dia akan kembali kepada keluarganya (yang beriman) dengan gembira,
Dan adapun orang yang catatannya diberikan dari sebelah belakang,
Maka dia akan berteriak, "Celakalah aku!"
Dan dia akan masuk ke dalam api yang menyala-nyala.
Sungguh, dia dahulu (di Dunia) bergembira di kalangan keluarganya (yang kafir).

Uhibbukum fillah,
Syaheedatul Iman binti Dinsuhaimi

Sunday, August 2, 2009

1 Hari, 1 Ogos, 1001 Semangat, Pengalaman dan Kenangan..

Hari itu semua berkejar...bermulanya safar dari rumah seremban hampir pukul 10pagi.

Pada malam 31 Julai, Jumaat:

1) persedian bekalan dan kelengkapan "Jihad" untuk esoknya

- Baju Hitam (utk Anti ISA)

- Baju Putih (utk lepasi sekatan polis, warna Pro ISA)

- Kasut

- Garam Kasar (utk neutralize tear gas)

- Air Mineral

- Kain tuala kecil (utk dibasahkan -boleh mengurangkan pedih mata bila tear gas dilepaskan)

- Peta KL; google map - perancangan perjalan


Pada pagi 1 Ogos, Sabtu

2) persediaan peringkat kedua:

- KL Traffic Updates (live online)

- Rancang perjalanan di KL

- Doa sebelum keluar rumah; mohon dipermudahkan perjalanan, ditetapkan hati, dan diberikan kekuatan

Sebaik keluar dari bandar seremban dan menuju ke tol untuk ke KL, sekatan pertama polis telah kelihatan. Polis tidak menahan seorang pun di situ, sekadar menunjuk muka dan menyusahkan manusia...

Perjalanan ke KL tidak merumitkan Alhamdulillah, tetapi selepas 5 minit melalui tol sg. besi, kereta mula jam.. and again, next useless and wasteful road block.


Terpaksa melalui Smart Tol dan membayar extra RM2 utk ke Jln Tun Razak.

Kemudian straight menuju ke Gombak utk menjemput Sumayyah dan Umar...
Alhamdulillah, segera tempatkan Sumayyah dan Umar di Hotel City Park, belakang KL International, dan meninggalkan Duit (yg berlebihan), ATM, Credit Card, dan Office ID pada Sumayyah. Ini adalah Standard Operating Procedure utk berdepan dgn sebarang kemungkinan ketika Demo. Keluar dari bilik dengan ciuman buat Sumayyah dan Umar....
25 minit mencari jalan alternatif utk ke CM atau Masjid Negara, ini semua angkara Polis yang menyekat segala jalan masuk utk ke Istana, Masjid Negara, Masjid Jamek dan Sogo...akhirnya berjaya dengan mengkori bas Trans, yang dipercayai menuju ke Pudu (dekat dgn CM). Kereta Vios biru diparkirkan di kawasan Pos Malaysia, tetapi kerana tiada parking spot yang cukup, trpaksa diletakkan di kawasan No Parking. Tawakkal!

Segera menukar baju hitam di dalam kereta, dan memakai kasut utk mudah berlari.

Sebaik keluar dari Pos Malaysia, (ketika itu pukul 215pm), beribu-ribu manusia sudah mula kelihatan berarak menuju ke jalan TAR. Segera panjat pagar Pos Malaysia, melintasi jalan besar dan bersama dengan barisan pejuang. Semua lengkap dgn pakaian dan beg galas. Ada yang sudah mengenakan masks, serban, kopiah, topi dan bermacam2 lagi attire. Sambil bergerak, kami bertakbir, bersorak, dan berborak sesama sendiri. A stranger next to you, is none but a concrete brick that holds strong the entire wall. Setiap seorang adalah kekuatan utk yang lain.



Hot weather, but chilly environment. Manusia semua tenang, jelas kelihatan tidak seorang pun mempunyai niat untuk merusuh dan merosakkan perjalanan demonstrasi yang aman itu. Sambil berjalan, panggilan sempat dibuat kepada Mama dan Sumayyah. Ada juga MMS yang sempat dihantarkan..antarnya video di bawah..



Sorakan Takbir, La Ilaha illa Allah, dan Mansuhkan ISA terus bergema, manusia bergerak mengikut ketua kawasan; Dr. Hatta Ramli bagi Masjid Negara. Beliau dijaga oleh 5-10 orang unit amal dari PAS, semua kerana telah ada cubaan kasar utk menangkap beliau selepas selesainya Zohor tadi.


Setelas sejauh lebih kurang 500meter berarak, perarakan dihentikan dengan sekatan lori dan polis2 FRU. Dr Hatta membawa kami menggunakan jalan alternatif, tidak melalui fly over. Tetapi di situ juga sekatan dikenakan, cuma kali ini tidak begitu menggentarkan, kerana hanya polis2 biasa yang semuanya kelihatan innocent belaka. Perarakan diteruskan, melepasi sekatan ringan polis2 ini.

Perarakan diteruskan hingga keroundabout kawasan DBKL.

BAMM! BAMM!!

Tiba-tiba kedengaran bunyi tembakan dan dentuman. Jeritan dan laungan terus kedengaran. "Tear Gas!!" "Pemedih Mata!!" "FRU Serang!!"....




Semua mula berlari utk mendapatkan perlindungan. Asap tear gas tersebar dgn begitu cepat. Sebaik sebutir peluru yang sebesar botol mineral mendarat di tanah, asap berkepul terus menutupi penglihatan. kulit muka, mata dan tekak terus diserang kesakitan dan kepedihan yang teramat.




Manusia mula mengerang kesakitan,tetapi disambut dgn laungan takbir yang berterusan!!.. dalam keperitan itu, unconcious mind kita akan segera mencapai garam dan menghisapnya bagi mengembalikan kelancaran pernafasan dan mengurangkan kepedihan tekak. Mata segera yang pedih dan merah berair disapu dengan tuala yang basah. Ada yang segera melumur seluruh muka dengan garam kerana tidak tahankan keperitan pada kulit muka.

Apa yang mengagumkan ketika itu ialah, ramai muda mudi yang sungguh berani berdepan dengan FRU. Seorang mujahidah yang memakai purdah menjerit dengan penuh semangat "baling semula peluru itu kearah FRU!"...berkali2 dia melaungkan sedemikian, sehinggalah dia sendiri pergi utk mengambil peluru tersebut dan dicampakkan kearah FRU. Ada juga remaja lelaki yang berani dan mencampakkan peluru itu kedalam semak, bagi mengurangkan keperitan pada yang lain. One word for these people, "HEROES".


Kumpulan mula berpecah. Ada yang berlindung di bawah fly over, ada yang berpatah ke belakang, dan ada yang berlari terus utk mendahului FRU. Semua menjadi kelam kabut. Traffic tetap berjalan, tetapi kelihatan pemandu dan penumpang menutup hidung sambil memandu kerana tear gas mungkin telah masuk ke dalam kereta.

Ketika dibawah fly over, kami sempat berkongsi minuman, ada yang berkongsi garam, ada yang membantu mangsa yang 'kritikal'... tapi pada hakikatnya, selepas 10 minit kesakitan dari tear gas itu reda, semua kembali bersemangat dan bersedia utk teruskan perarakan.

Setelah bergerak melintasi seberang jalan, dan melalui round about berhampiran DBKL sekali lagi, FRU terus mengubah strategy dan bergerak kearah kami. Kelihatan seolah2 mereka bergerak utk mengepung dan menyerang. Kami tiada jalan lain, terus mendapatkan perlindungan di kawasan gerai2/foodcourt yang berada di kawasan tepi jalan. Ada gerai yang masih terbuka dan mendapat rezeki lebih dgn menjual air minuman. Tetapi kemudiannya segera ditutup kerana khuatir FRU akan menyerang kawasan gerai tersebut, dan terus mencemari makanan dan minuman di situ. Video di bawah menunjukkan betapa banyaknya lori merah FRU yang bergerak, menghala ke kawasan yang mengumpulkan lebih ramai orang, untuk mengambush mereka.

Kami yang berada dalam kumpulan besar yang masih tidak pecah, terpaksa berundur dan berkumpul di jalan yang telah kami lalui. Di situ, kami diprovoke oleh penghuni kondo berhampiran. Ada yang melaung2 mengatakan kami bacul, lari dari FRU. Provokasi ini tidak lain membuatkan segelintir kami berang, dan menjerit semula kepada mereka. Tetapi ini bukan etika pembantah ISA. Yang lebih tua menegur dan menasihati yang muda, agar tidak melayani provokasi tersebut, dan terus bersabar dan focus pada misi utama Demo.


Dalam pada kami diprovoke oleh manusia jahil dari arah atas, tiba2 ada laungan..."FRU Tembak!"...rupa-rupanya, FRU telah menyerang dari arah belakang kumpulan kami. Peluru2 tear gas berterbangan dan mendarat di tengah2 himpunan, menyebabkan kesemua sekali berlari dan bertempiaran menyelamatkan diri.

Menariknya ketika itu, ada juga penjual aiskrim bermotor yang mengambil peluang menjual aiskrim sedang kami berkumpul. Memang tidak nafi, aiskrim yang dijualnya laris! Dan setelah FRU menyerang, ada yang sempat berjenaka..."Pakcik...! Aiskrim Pakcik! cepat selamatkan aiskrim! Cepat tutup!"...dalam keadaan kelam kabut, pakcik aiskrim menutup bekas aiskrimnya, dan segera beredar dengan motornya.


Serangan kali ini benar2 intensive. Camera handphone tidak sempat dihidupkan, suasana kecoh membuatkan kumpulan berpecah. Kami bergerak ke arah mana sahaja yang tidak disekat FRU. Pagar dan tembok dipanjat, jalan demi jalan dilintas. Akhirnya tanpa disedari, kami sudah berpusing dan bergerak hingga menghampiri Kompleks SOGO, yang juga tempat ke-3 utk Anti ISA berhimpun. Ketika itu ada juga bertemu dengan saudara lama ketika di US dulu. Dia turut serta, dan telah berkumpul dari kawasan masjid Jamek. Di masjid Jamek, katanya FRU menyerang jemaah yang ketika itu sedang Solat Hajat. Memang FRU kurang hasam, mereka sudah ibarat askar Israel, kata Hakim, bekas presiden MISG 04.

Di kawasan SOGO, jelas kelihatan manusia begitu ramai. Tidak kurang juga orang biasa yang membeli belah di kawasan itu. Kawasan masjid india juga berdekatan, dan terdapat gerai2 minuman seperti di pasar malam. Ramai yang segera membeli utk melegakan tekak yang dahaga dan pedih akibat tear gas. Seteguk air soya sejuk sudah cukup mengujakan dan mengembalikan tenaga. Alhamdulillah....nikmat.

Tepat pukul 430ptg, akhirnya aku membuat keputusan utk bergerak mencari jalan pulang. Mama telah pun membuat panggilan, menggambarkan kebanggaannya dan kebersamaannya dengan semangat aku utk menyertai perjuangan itu. Abah yang berada di IJN perlu kami ziarahi, kerana waktu melawat mungkin akan berakhir pada petang hari.

Perjalanan pulang. Aku yang tidak tahu ke mana arah pulang dan di mana aku berada, sengaja menggunakan jalan yang mengumpulkan FRU2 dan black maria. Jelas kelihatan di video atas keadaan FRU yang masih tidak puas menghentam dan menyerang perhimpunan. Satu demi satu arahan dikeluarkan melalui radio walkie talkie. Aku yang tidak mempedulikan arahan dari seorang polis utk beredar segera, tetap berjalan dengan bersengaja sambil tangan menangkap gambar video mereka semua.

Perjalanan berakhir setelah sampai di LRT Jln Sultan Ismail. 10 minit berjalan dari SOGO. Ini semua angkara Polis mengarah tutup stesen yang berhadapan dengan SOGO. Maka dikerahkan semua utk berjalan ke setesen S.I. yang sangat memenatkan bagi wanita2 dan orang tua.

Setibanya di CM, kelihatan polis dan black maria masih 'mengawal' kawasan. Kelihatan juga 5-10 orang kumpulan Pro ISA, yang memakai baju "kami mahu ISA". Tapi mereka tidak langsung diganggu oleh polis. Mungkin kerana bilangan mereka yang terlalu kecil, dan tidak disedari oleh polis.

Alhamdulillah, kereta vios ku juga dlm keadaan selamat. Dia juga akan menjadi saksi hadirnya aku membantu perjuangan menghapuskan yang zalim ini. Tiada saman. Aku sungguh penat, tapi sangat puas. Imbuhan utk hadiri perhimpunan itu memang berharga. Pahala dari Allah...(bak kata pak Syed Ibrahim, ketua Gerakan Mansuhkan ISA)

Semoga pengalaman ini mengajar ku utk lebih bersama tanpa berbelah bagi, dalam menegakkan keadilan dan menghancurkan kezaliman. Pengalaman ini merupakan satu tarbiyyah. Sebenarnya, sebelum menghadiri perhimpunan lagi aku telah bersedia utk sebarang kemungkinan ditangkap polis. Kerana itu akan menjadi pengalaman dan latihan yang lebih besar nilainya.

Takbiirrrrrrrrrrr!!

Abang.

Monday, July 13, 2009

Cute Boy

here are some pics of Umar...captured at Aufa's house...enjoy


Photobucket

sengih..style mama tok... heheheheheh (Notes: perasan tak mama slalu pose style ginih dalam gambar?) hahahaha

Photobucket
Umar: "This is my new punch bag...just like the one baba used to have in US"

Photobucket
arrrgghhh....tak tahan tengok gambar nih...memang comey sangat dier senyum!!

Photobucket

Photobucket
Umar: "Dah la amik gambar umarr!!! Rimas laa jadi model ni"

Photobucket
Umar: "Dah laaa!! Kan umar dh nangis dah!! WAAAAAA"

Photobucket
Umar: "yummm...besh nye isap jari...ade sape nak rasa?"

Photobucket
Umar: "Besh nye dapat jalan jauh dengan mama ngan baba... jom nyanyi...satu satu...umar suke jalannn"
(Jgn marah ek sue...ubah lagu tuhhh)

Later i'll upload the vid... tengah carik hosting yg best sket...

Monday, June 1, 2009

Umar at 3 month old

More pictures of Umar growing and learning new things...

Umar now sings along with the Asma'ul Husna Nasyid, and especially his favorite song, "satu-satu..Umar sayang Allah" along with his Mama.












Narration will be done later...malas!..

Thursday, April 9, 2009

Umar menjadi mangsa geram orang ramai.





Mama..Baba, apa salah Umar?? semua orang geram pada Umar...

hatta, makcik Sumaiyah dan makcik Tasnim yang kecil2 itu pun pandai geram pada Umar..

Sumaiyyah kecil: eiiii...comelnya Umarr...gerrraaammm!
kata sumaiyyah lagi: ehh...tapi dia lelaki...silap2...handsomenye umarrr...eii gerammm!

Tasnim si kecil: hik hik...choomeeyyll Umar!...eiiii
sambil jari jemarinya menghampiri pipi Umar, seperti ingin mencubit!

Baba Umar: Tasnim..! janganla cubit Umar tu....sayang dia..ha cium cepat...

Tasnim lalu mencium kepala Umar, sambil Umar meronta dan melonjak dalam keriangan.

Hemmm...kalau si kecil sumaiyah dan tasnim pun pandai evaluate Umar sbg comel /hensem..apetah lagi generasi tok nenek dan nyang dia! Semua geram!...pelik juga ya Umar, tang mana yang Umar comel/hensem ni?? aiii...

satu lagi...pelik juga bila tunjuk gmbar Umar yang dulu2 (esp gambar yg last pd posting kat bawah ni), Tasnim dgn pelat menyelah dgn jari telunjuknya menunjukkan gambar Umar pd skrin laptop, "eii...hihih chomeyl Umar.."

Alhamdulillah 'ala kulli haal...Mama dan Baba Umar sendiri pun sekarang rasa geram dgn Umar yang dah pandai respon dgn agahan orang.

Monday, March 30, 2009

Pictures of Umar version 2

Ekspresi dirimu, Umar Al-Farouq's new facial expressions.



































Alhamdulillah, minggu ini dapat saksikan Umar berubah : boleh senyum dan memberi reaksi gembira. Umar juga dah kurang ragam perut.






Buku "Belajarlah dari 2 Umar" satu buku yang mamanya baru beli utk Umar fahami nanti.



Wednesday, March 25, 2009

2298 (Our home)

Picture tells thousand words...so..takyah nak ulas aper aper la ek...
Buat mengubat kita semua di perantauan...
(click on the picture for full resolution)







--posted by Mashi--