Monday, July 28, 2008

in reply to your green day experience, iman

salam wbt..

abg juga pernah lalui yang sama..di US, mereka sambut bermacam2 lagi, which I assure you will come accross in near future.

satu darinya ialah St. Patricks day. On this particular day, students will dress in green. Well it's not the same green-day as you've mentioned Iman, this color is the trend brought by the Irish (who terribly drinks a lot!) immitating the shamrock-leave color.



The tradition is to drink as much as they want during this one-day celebration. At the end of the day, we have hundreds of drunks and hundreds more crime to be added. How insane is that. But it comes back to the insanity of seeing our people, malay people, geeting involved! Now that's even more insane.

I pitty these people who have themselves ZERO value in life. Mak Ayah hantar anak di KLIA, with all the tears, but without notice, their 'anak emas' is being involved in heinous acts. Its so sad that you could no more influence these people into looking back at their Islamic life in Malaysia, their culture, so on so forth.

But mind you, who's not to be blamed but the Malaysian system itself? where morals are no more stressed, betullah...mereka sering mengajar pepatah lama "masuk kandang kambing mengembek, masuk kandang harimau mengaum.." and so there you go!

Semoga Allah beri kekuatan utk Iman di sana..dan pegang teguhlah pada pendirian asas kita, hidup utk beribadah kepada Allah.

insan baru lahir ke bumi

salam wbt.



alhamdulillah tempoh hari, makcik ruby melahirkan seorang bayi perempuan yang cukup besar dan comel! Tahniah buat Pakcik Mi dan Isteri.

K.sue sempat ziarah mereka di hospital dan sempat snap satu picture. Dengan berat 3.5 kg dan kulit merah pink, abang rasa mmg baby ni baby cute of the year!:)


insyaAllah minggu ni abang akan balik lagi ke kuantan utk bantu tok kemas rumah, bagi persediaan mak Dah kahwin. So sempat la abg jumpe baby (to be named) dan main2 dgn dia dulu.
Oh yer Iman, gmbr scan k.sue tu, nanti abg email pada iman.

sekian dahulu,

abang

Tuesday, July 22, 2008

Allahyarham...

Hari ini merupakan hari peringatan kematian setelah Nyang kembali menghadap Allah...
Semoga rohnya ditempatkan di kalangan orang2 yang soleh, dan zuriat2nya yang soleh dapat menyambung amalan pahala untuknya.....

Allahumma aghfirlahu, warhamhu, wa'afihi wa'afu 'anhu...Ameen...

Isk3~ orang kafir yang sesat

Today I saw 2 stupid and crazy men wearing nothing on top of a lecture building...
It was not my intention to see them, but I was attracted to see what was the crowd about...
And so I saw them...but luckily it was just a sight seeing from far...
My friends who were in the other group had lecture before my group, said that 9 "unclothed" men went into the lecture room...'passing by' infront of the lecture hall...Yeah, I thought it was disgusting and even rude!
Don't know what the occasion was..but I think something to do with being 'NATURAL'...Green day something, dont really understand and dont care.
Euw!
Hope I wont meet those kinds of people after this anymore..

It's quite stressful...Takut nanti dipertanggungjawabkan...

Surah Al-Asr

Al-Asr...
Masa malam surau di Deakin Hall pd Isnin lepas, Hanan (A geoscience 2nd year student) kupas ttg surah Al-Asr...
Tergolong di antara surah yang pendek2...Maka semestinya ia kegemaran ramai utk dibaca di dalam solat..(At least it was my fave before this..) huhu..

Mari kita lihat...Maksud surah Al-Asr:
1) Demi Masa,
2) Sesungguhnya SEMUA manusia itu di dalam kerugian,
3) KECUALI mereka yang berIMAN, dan beramal soleh
4) Dan berpesan2 pada kebaikan, dan berpesan2 pada kesabaran.
(SodakaLLahul 'azim..)

Allah bersumpah dengan satu benda iaitu masa...yang menunjukkan ia sangat penting bagi kita...
di beri contoh, bayangkan jika dikatakan pada semua fail....kecuali org begini dan begini...
Sudah tentu kita berlumba untuk menjadi orang2 yang pass...
Tapi ramai yang terlepas pandang pada surah ini...

Allah telah memberikan tips2 untuk menjadi orang yang beruntung...
4 perkara yang mesti ada pada orang2 yang beruntung:
Beriman, beramal soleh, berpesan pada kebaikan dan berpesan pada kesabaran...

Beriman dan beramal soleh melibatkan individual itu sendiri..
Manakala ciri yang selebihnya melibatkan orang lain, dengan kata lain masyarakat di sekeliling..

Berpesan pada kebaikan dan kesabaran dianalogikan seperti...
Seseorang yang berada di dlm kapal yang hendak karam, tertidur (berada di dalam kegelapan) dan kemudian terjaga (mendapat Hidayah) serta menyedari bahawa kapal itu hendak karam...Kemudian dia mencuba menyelamatkan diri ke permukaan laut, tetapi mendapati kakinya terikat bersama keluarga2 dan sahabat2nya...
Maka cara untuk dia menyelamatkan diri hanyalah dengan mengejutkan orang2 yang terikat bersamanya supaya sama2 dapat berenang ke dasar...
Di dalam mengejutkan orang2 itu, akan di dapati orang2 yang tidurnya mati dan sangat dalam...Maka, susahlah untuk dikejutkan...Tetapi dia mestilah mencuba sehingga orang itu terjaga supaya semua selamat...

Perkara yang menyentuh hati ini juga...semasa QC, Kak Lina (my naqibah) cakap bahawa hidup kita di dunia ni ibarat sepetang atau sepagi akhirat...Sangatlah sekejap...
Ye lah, di dalam Al-Quran, Allah ibaratkan 1 hari di akhirat bagaikan 1000 tahun di Dunia...Bayangkan betapa lamanya masa di akhirat....dan bayangkan jika kita menerima satu hari azab di Neraka, betapa lamanya kita akan di azab...Sanggupkah kita???
Wa Nauzubillah...

Semoga Dunia bukanlah matlamat utama kita...kerana ia akan menjadi sesuatu yang sia2 dan sangatlah rugi...

Dan peringatan hanyalah akan menjadi renungan mereka yang terbuka hatinya...

Astaghfirullah...astaghfirullah...
Wallahua'lam bissowab....

Tuesday, July 8, 2008

12 hours journey

Entry ni bukan untuk dijadikan diari biasa atau sekadar nak mencurah perasaan...tapi untuk dijadikan renungan buat adik adikku dan semua yang membaca....
Mungkin sesetengah org akan mengatakan pengalaman nih lebih kepada culture shock....tapi adakah semua yg dialami ini culture kita sebagai umat Islam dan penghuni di sebuah negara Islam?

8th July 2008


9.30 a.m: Handphone berbunyi.....antara isi perbualannya :

"Muhammad, kita kena cancel meeting pagi nih....saya dalam perjalanan ke Gombak...ayah saya meninggal dunia awal pagi tadi"

innalillahi wa inna ilaihi raji'un...

segala ingatan masa kehilangan arwah takci dan atuk datang kembali dalam ingatan....betapa peritnya rasa apabila kita kehilangan ahli keluarga...

Kullu nafsin zaikatul maut....

suatu janji yg pasti buat semua insan...

perancangan terus dibuat dengan officemate utk pergi ziarah keluarga si mati... eventho agak jauh (kat Gombak) tapi rasanya hati nih terpanggil jugak utk pegi.... at least kehadiran kita dari jauh dapat jugak meredakan rasa sedih keluarga si mati...

12.30 p.m: Bertolak dari Penang dengan bas.... pergi dengan keadaan agak tergesa gesa...bawak beg kecik pun cukup laaa... letih drive dari Kelantan ke Penang semalam pun tak abis lagi...hari nih dah kena travel jauh lagi...takper la...demi nak mengeratkan silaturrahim...

5.30 p.m: Sampai di Pudu, terus isi perut dan bertolak ke Masjid Jamek utk solat... hampir sesat nak mencari stesen Putra LRT...rupanya dah tukar pintu masuk (darat betul kawe serro...isk isk)... lama sangat tak gi merayau kat KL... last time was bout 5 years ago...went to KL for Pertandingan Nasyid Kebangsaan... byk dah perbezaan...masa naik LRT, memang padat dengan org.... students, pekerja etc.... dalam padat tuh...telinga nih dapat menangkap satu perbualan:

Laki: "Kita zaman moden nih kena open minded... takkan la buat benda camtuh pun u takut"
Pompuan: "Ala...i tak berani la...nanti mak i marah"
Laki: "Brapa u nak i bayar? Untuk malam nih jer...at my place"
Pompuan: "Ala...jgn la cakap kuat...nanti org dengar"
Laki: "Ala...sekali nih jer..u jangan la takut ek...i takkan ganas ngan U...hehehe"

lepas tuh terus senyap....terpulang kepada kita untuk menilai apa yang dimaksudkan oleh si buaya dan mangsa nih...


6.30 p.m: Sampai di stesen LRT Putra (Gombak)...kebetulan ada geng pemancing yang kije di UIA...so dapat la mintak pertolongan utk hantar ke Mahallah Ali utk berjumpa ngan Syakir...eventhough nih baru 1st time berjumpa...tapi memang cukup mesra...thanks to bro Mohd Firdaus bin Abdullah (Apex)....
before that, terpikir nak sewa kereta...tapi member cakap kereta sewa yang ada cuma kia spectra laa...toyota innova...harga nak sewa pun dah ratus ratus...padahal cuma nak guna dalam 2-3 jam jer...so baik la mintak pertolongan Syakir....alhamdulillah semua urusan mudah...

7.00 p.m: Sampai di UIA Gombak...minum minum then terus bertolak ke umah keluarga si mati...di pendekkan cerita...lepas solat maghrib di Masjid Zakaria...terus ziarah keluarga arwah...

Arwah berumur lebih kurang 75 tahun...merupakan seorang pesara...tinggal di rumah bersama isteri tercinta (berumur lebih kurang 70 tahun)....anak anak semua bekerja di sekitar KL...
Arwah meninggal setelah 12 hari berada di dalam koma....pengsan semasa solat sunat di Masjid Zakaria (dekat ngan umah).... semasa koma, arwah diserang strok sbyk 2 kali.... dan pulang ke pangkuan khaliq pada Selasa, jam 5.30 pg...

betapa kerdilnya kita sebagai makhluk Allah...pada bila bila masa pun Allah akan panggil kita pulang...tapi sering kita lupa...matlamat kita di bumi ni....

Part yang paling menarik adalah perjalanan pulang...

9.15 p.m: Naik LRT utk menuju ke Masjid Jamek... semasa dalam LRT.... ternampak ada kesan darah di atas lantai...memang byk... nak kata ada penumpang yang hidung berdarah...rasanya macam mustahil kalau byk camtuh.... bila ada pegawai LRT yang naik nak cuci darah tuh...sempat bertanya pada dia... katanya, ada penumpang bergaduh n bertumbuk...
mashaAllah... dekat tempat awam macam nih pun nak bergaduh sampai camtuh skali?? ternampak iklan pada tingkap LRT tuh... 'Adakah kita prihatin?' ....prihatin sangat la kita sampai terpaksa bertumbuk dalam LRT.... agak terperanjat dengan senario nih sebab even di Penang yang dikatakan penuh dengan cina...jarang berlaku perkara macam nih...

10.35 p.m: Carik tiket di kaunter Pudu.... ada la sorg brader nih...duk paksa beli tiket bas konsortium sedangkan kami nak try syarikat lain sebab bas konsortium jenis lembab skit... dia macam tak puas hati masa kami beli tiket ngan syarikat lain...tetiba dia pegang bahu n cakap ngan nada marah :
"Nak cepat naik kapal terbang laa"
lepas tuh dia blah sambil mulut duk maki maki ntah aper aper... nasib baik kat KL...kalau kat kelantan mau ko dah kena maki ngan aku balik dah!! camnih ke Melayu kat bandar besar? bersopan sungguh diorg nih!!

11.00 p.m: Isi perut dulu sementara tunggu bas kul 12... tengah tengah duk makan, tetiba dengar bunyi org bising...rupanya ada sekumpulan india tengah bergaduh dekat kawasan arked makanan tuh... siap sepak terajang tempeleng semua ada.... mamat india yang kena tibai tuh rambut panjang... so senang la nak pegang...sorg pegang rambut, yang lain duk tibai sakan...
semua duk perati...bila ditanya pada sorg peniaga di situ, rupanya...kes bawak lari anak dara org... dia dah siap beg besar nak bawak lari budak perempuan tuh... dan pompuan tuh pun nampak rela untuk dibawak lari oleh jantan tuh... maybe nak kawin lari kot...
yang memukul tuh abg kepada pompuan tuh...pompuan yang nak lari ikut bf dia (laki yang kena tibai tuh) pun sekali kena tempeleng dek abgnya sebelum dua dua dibawak ke balai polis....
isk isk...apa la nak jadi dengan masyarakat moden skarang nih? inikah yang dikatakan kemodenan?? dalam masa tak sampai 12 jam...macam macam kerenah masyarakat bandar besar nih dapat tengok...

11.15 p.m: Sementara menunggu bas, sempat lepak dekat luar Pudu utk nak tengok remaja di kota besar macam nih.... ada yang pakai baju serupa tak pakai.... yang tengah berpelukan sambil tangan duk merayap pun ramai... yang lagi tak tahan.... muka memang sahih melayu.... tapi duk berciuman dekat tepi jalan... masha Allah...

Untuk adik adikku.... rasanya semua nih kita pernah tengok dah masa kita kecik dulu....tapi bukan di negara yang dikatakan negara Islam macam Malaysia nih....tapi masa kita di London dulu...ingat tak? masa kita duduk di Sheffield, jiran kita bergaduh sampai berdarah darah... pastuh org duk kissing tepi jalan n negotiate dengan hookers...rasanya dah jadi perkara biasa di kota macam London tuh... tapi bila di negara Islam macam Malaysia nih...adakah perkara tuh perlu kita anggap biasa???

perjalanan selama lebih kurang 12 jam nih...adalah 'bertemakan' untuk mengingati kematian...
bila terpandang keadaan masyarakat di kota besar nih, bagaimanakah keadaan kematian diorg kelak?
dan bagaimanakah saat kematian kita nanti?

Wallahua'lam


Muhammad