Tuesday, July 22, 2008

Surah Al-Asr

Al-Asr...
Masa malam surau di Deakin Hall pd Isnin lepas, Hanan (A geoscience 2nd year student) kupas ttg surah Al-Asr...
Tergolong di antara surah yang pendek2...Maka semestinya ia kegemaran ramai utk dibaca di dalam solat..(At least it was my fave before this..) huhu..

Mari kita lihat...Maksud surah Al-Asr:
1) Demi Masa,
2) Sesungguhnya SEMUA manusia itu di dalam kerugian,
3) KECUALI mereka yang berIMAN, dan beramal soleh
4) Dan berpesan2 pada kebaikan, dan berpesan2 pada kesabaran.
(SodakaLLahul 'azim..)

Allah bersumpah dengan satu benda iaitu masa...yang menunjukkan ia sangat penting bagi kita...
di beri contoh, bayangkan jika dikatakan pada semua fail....kecuali org begini dan begini...
Sudah tentu kita berlumba untuk menjadi orang2 yang pass...
Tapi ramai yang terlepas pandang pada surah ini...

Allah telah memberikan tips2 untuk menjadi orang yang beruntung...
4 perkara yang mesti ada pada orang2 yang beruntung:
Beriman, beramal soleh, berpesan pada kebaikan dan berpesan pada kesabaran...

Beriman dan beramal soleh melibatkan individual itu sendiri..
Manakala ciri yang selebihnya melibatkan orang lain, dengan kata lain masyarakat di sekeliling..

Berpesan pada kebaikan dan kesabaran dianalogikan seperti...
Seseorang yang berada di dlm kapal yang hendak karam, tertidur (berada di dalam kegelapan) dan kemudian terjaga (mendapat Hidayah) serta menyedari bahawa kapal itu hendak karam...Kemudian dia mencuba menyelamatkan diri ke permukaan laut, tetapi mendapati kakinya terikat bersama keluarga2 dan sahabat2nya...
Maka cara untuk dia menyelamatkan diri hanyalah dengan mengejutkan orang2 yang terikat bersamanya supaya sama2 dapat berenang ke dasar...
Di dalam mengejutkan orang2 itu, akan di dapati orang2 yang tidurnya mati dan sangat dalam...Maka, susahlah untuk dikejutkan...Tetapi dia mestilah mencuba sehingga orang itu terjaga supaya semua selamat...

Perkara yang menyentuh hati ini juga...semasa QC, Kak Lina (my naqibah) cakap bahawa hidup kita di dunia ni ibarat sepetang atau sepagi akhirat...Sangatlah sekejap...
Ye lah, di dalam Al-Quran, Allah ibaratkan 1 hari di akhirat bagaikan 1000 tahun di Dunia...Bayangkan betapa lamanya masa di akhirat....dan bayangkan jika kita menerima satu hari azab di Neraka, betapa lamanya kita akan di azab...Sanggupkah kita???
Wa Nauzubillah...

Semoga Dunia bukanlah matlamat utama kita...kerana ia akan menjadi sesuatu yang sia2 dan sangatlah rugi...

Dan peringatan hanyalah akan menjadi renungan mereka yang terbuka hatinya...

Astaghfirullah...astaghfirullah...
Wallahua'lam bissowab....

3 comments:

Baitul Mukmin said...

good tazkeer iman..keep on sharing.
thanks.

abang

tenangsudey said...

bagus2.. menarik... keep it up

mohd amri said...

haq= kebenaran..
bkn bebaikan